AKTIVITI 1 : KELAS KEUSAHAWANAN
Tarikh |
: 07 dan 08 Disember 2020 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi |
: Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 4 Peserta |
Tujuan |
|
Kelas ini dihadiri oleh 4 orang peserta yang merupakan usahawan PI Felda Mempaga 3. Tujuan kelas keusahawanan ini diadakan adalah untuk membantu para usahawan merekod data dan maklumat produk perniagaan. Selain itu, usahawan juga turut diberi pendedahan tentang cara meningkatkan jualan di platform Shopee dan menggunakan perbankan Internet. |
|
Aktiviti |
|
Para peserta mempelajari cara pengurusan maklumat produk di dalam Microsoft Excel. Peserta turut diberi tunjuk ajar tentang promosi produk di platform Shopee dan penggunaan perbankan Internet (Maybank.2u.com). Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar cara melayari laman web e-Kerajaan untuk menyemak permohonan Geran Khas Prihatin. | |
AKTIVITI 2 : KEMPEN KLIK DENGAN BIJAK (DISEMBER 2020)
Tarikh |
: 01-08 Disember 2020 |
Masa | : 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi |
: Felda Mempaga 3 |
Peserta | : Semua Pengunjung PIK Felda Mempaga 3 |
Tujuan |
|
Tujuan Kempen Klik dengan Bijak adalah untuk memberi kesedaran tentang keselamatan internet yang berkonsepkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab. |
|
Aktiviti |
|
Kempen ini mensasarkan kesemua pengguna yang mengunjungi Pusat Internet Komuniti Felda Mempaga 3 sepanjang bulan Disember. Kesemua pengunjung diberi pendedahan dan penerangan tentang budaya klik dengan bijak. |
|