USAHAWAN
Nama | : Amalina Binti Makhlis |
Umur | : 34 tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Puan Amalina yang berumur 34 tahun menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan mengambil upah menjahit pelbagai jenis pakaian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara ‘offline’ di rumah dan menerima tempahan baju di kalangan jiran terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mendaftar sebagai ahli Pusat Internet, beliau sering mengunjungi Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan yang terdapat di sini. Dengan bantuan petugas, beliau mendaftarkan perbankan internet BSN dan mempelajari cara menjalankan transaksi wang secara online dengan selamat. Petugas turut membantu beliau mempelajari cara mempromosikan perkhidmatan tukang jahitnya di atas talian sepeti di Facebook dan Whatsapp.
Selepas mempromosikan perkhidmatannya di atas talian beliau menerima banyak tempahan daripada pelanggan. Perkhidmatan beliau semakin berkembang dan lebih dikenali oleh penduduk tempatan. Menurutnya, kemudahan internet masa kini amat membantu dalam proses mempromosikan perkhidmatannya.