USAHAWAN
Nama | : Noor Ashidah Binti Zamani |
Umur | : 32 tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Puan Ashidah yang berumur 32 tahun menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual pakaian kanak-kanak dan pewangi udara.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara ‘offline’ di carboot sale dan pasar malam sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mendaftar sebagai ahli Pusat Internet, beliau mula mengikuti kumpulan(group) usahawan online yang ditubuhkan oleh petugas PI dengan menggunakan media sosial Facebook dan Whatsapp. Beliau turut mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan di PI. Beliau mula mempelajari cara mempromosikan produk jualannya menggunakan medium Facebook Group, Whatsapp, Instagram dan Shopee.
Walaupun ramai usahawan dan premis perniagaan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan namun beliau bersyukur kerana masih boleh meneruskan perniagaan secara online di dalam tempoh tersebut. Malah perniagaan beliau semakin berkembang dan pasaran lebih meluas. Menurutnya, kemudahan internet masa kini amat membantu dalam proses mempromosikan produk perniagaannya.