Restoran Lembah Gempita terletak di simpang jalan utama Felda Mempaga 1, Karak, Pahang. Menghidangkan masakan panas yang menyelerakan dengan suasana unik dan santai makan di tepi kolam. Aktiviti memancing ikan juga disediakan kepada pengunjung di kolam yang berkeluasan 1 ekar.
Lempah Gempita adalah berasal dari perkataan Bahasa Melayu Klasik yang memberi maksud ‘suatu kawasan atau tempat yang meriah serta riuh rendah.