Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA), kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan terus menyokong keperluan untuk bekerja dari rumah dan pembelajaran dalam talian melalui penyediaan kemudahan internet berkapasiti 1GB secara percuma setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang, mulai 10 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Telekomunikasi adalah asas kepada kemajuan sosioekonomi Malaysia yang menyokong gaya hidup digital semua lapisan masyarakat hari ini.

Oleh itu, Kerajaan sangat komited untuk memastikan kelangsungan kehidupan harian berterusan dalam mendepani cabaran norma baharu terutamanya dalam aspek pekerjaan, pendidikan dan terus menerima maklumat terkini yang sahih berkenaan COVID-19.

 

Kekal tenang dan sentiasa patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).  Bersama-sama kita amalkan norma baharu dalam kehidupan seharian untuk putuskan rangkaian penularan COVID-19.

 

PKPP COVID

 

 

Amalkan norma baharu dan jaga kebersihan diri sentiasa. Bersama kita patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan putuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

 

FB IMG 1585119356645

Kekal duduk di rumah bersama keluarga.  Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan putuskan rangkaian jangkitan COVID-19.
 
Sumber : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
 
FB IMG 1586590987972