Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh 15 orang peserta yang merupakan usahawan PI Felda Mempaga 3. Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat dan penggunaan medium pemasaran produk melalui platform Shopee. 

Aktiviti
Para peserta bengkel mempelajari cara memasukkan produk, pengurusan tempahan dan penghantaran produk melalui platform Shopee. Selain itu, para peserta turut diberi tunjuk ajar tentang teknik fotografi produk untuk diiklan di Shopee.

Gambar di sini

Tujuan

Bengkel yang dihadiri oleh 20 orang peserta ini diadakan untuk memberikan pendedahan dan latihan kepada pelajar sekolah berkenaan dengan rekabentuk grafik dan infografik menggunakan canva. Perisian pengeditan di atas talian ini dapat membantu para peserta mencipta hasil grafik yang kreatif dengan lebih mudah.

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan aplikasi canva bagi membina rekabentuk grafik poster yang menarik.

Gambar di sini

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih usahawan memahirkan diri menggunakan perbankan internet dengan selamat. Selain itu, petugas turut melatih usahawan menggunakan perisian Whatsapp Web, Facebook dan Microsoft Word.

Aktiviti
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kelas keusahawanan ini adalah usahawan diberi tunjuk ajar mengenai praktikal penggunaan perbankan internet (Maybank2u.com), Whatsapp Web dan Facebook. Usahawan juga mempelajari cara penggunaan perisian Microsoft Word untuk Invois.

Gambar di sini

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan Internet. Selain itu, kelas ICT secara atas talian ini juga dapat meningkatkan kemahiran para pelajar untuk menyemak Bantuan Prihatin Nasional dan membuat permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akaun 2, hasil daripada tunjuk ajar petugas.  Selain itu dapat membantu mereka mengubahsuai format gambar untuk permohonan Zakat.

Aktiviti
Antara modul yang dipelajari semasa kelas adalah penggunaan internet dan membuat semakan berdasarkan link  website yang diberikan menerusi aplikasi Whatsapp dan Facebook iaitu https://bpn.hasil.gov.my/ (Semakan Bantuan Prihatin Nasional) dan  https://ilestari.kwsp.gov.my/submit-request.php. (Permohonan Pengeluaran KWSP Akaun 2). Ini memudahkan para pelajar untuk menyemak dan mendaftar dengan mudah.Selain itu pengubahsuaian gambar dan menukar format juga telah dilakukan dengan menggunakan MS Word (Image-PDF).

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih usahawan memahirkan diri dalam penggunaan Internet. Selain itu, kelas Keusahawanan secara atas talian ini juga dapat membantu usahawan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di Facebook Group Pusat Internet Felda Mempaga 3.  Petugas juga menjemput komuniti yang terdiri daripada penduduk yang terdiri dalam golongan pembeli turut serta bagi memeriahkan Bazar Ramadhan Mempaga secara atas talian.  Perlaksanaan inisiatif ini dilihat mampu membantu golongan peniaga dengan menyediakan platform perniagaan atas talian di samping menjana ekonomi golongan usahawan sepanjang musim PKP.

Aktiviti
Antara modul yang dipelajari semasa kelas adalah cara mengiklankan produk/perkhidmatan kepada golongan pembeli.  Mereka perlu membuat iklan dan iklan yang telah lulus dan menepati kriteria yang ditetapkan oleh Pusat Internet akan dipaparkan di dalam group Facebook.  Sekiranya mereka menghadapi masalah untuk membuat posting iklan, petugas akan membantu melalui medium Whatsapp dan Facebook Messenger. 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih usahawan memahirkan diri menggunakan internet dengan selamat. Selain itu, petugas turut melatih usahawan menggunakan perisian asas seperti Microsoft Word dan Microsoft Paint.

Aktiviti
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kelas keusahawanan ini adalah usahawan diberi tunjuk ajar mengenai praktikal penggunaan perbankan internet seperti Maybank2u.com. Usahawan juga mempelajari mengenai perisian Microsoft Word untuk membuat kertas kerja dan menggunakan Microsoft Paint untuk membuat pengeditan mudah.

Gambar di sini

AKTIVITI 1 : BENGKEL KEUSAHAWANAN BERSAMA GIATMARA BENTONG

Tujuan

Bengkel Keusahawanan ini bertujuan untuk membantu pelajar Giatmara Bentong memperoleh ilmu pengetahuan dalam bidang pemasaran atas talian. Selain itu bengkel ini juga diselitkan dengan pelbagai teori dan praktikal kemahiran yang berasaskan teknologi maklumat yang membolehkan para pelajar menjadi lebih berdaya saing.

Aktiviti

Slot 1 :-

- Taklimat Keusahawanan

- Kenali Potensi Diri

- Tugasan - Ms Power Point (Halatuju Perniagaan)

 

Slot 2 :-

- Poster Promosi Produk

- Dashboard Komuniti (Myshop)

- Tayangan Video Klik Dengan Bijak

 

Slot 3 :-

- Penghasilan E-mail

- Pemasaran Atas Talian - Facebook Pages

 

Slot 4 :-

- Blog Perniagaan (Dunia Di Hujung Jari)

 

Slot 5 :-

- Teknik Fotografi Produk

- Praktikal pengeditan imej

 

Slot 6 :-

- Kedai Atas Talian (Shopee)

 Gambar di sini