Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 36 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah di sekitar Felda Mempaga. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar menggunakan perisian asas komputer. Disamping itu, kelas ini juga dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar supaya lebih celik IT dan menggunakan internet dengan lebih berhemah melalui pembelajaran atas talian

Aktiviti
Para pelajar diberi tunjuk ajar tentang perkakasan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel. Peserta juga turut diberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi pembelajaran atas talian seperti mindjolt.com (menaip) dan uptoten.com (permainan minda dan kuiz).

Gambar di sini


Tujuan

Kelas ICT untuk pelajar sekolah  ini dihadiri oleh 12 orang peserta dikalangan pelajar dari Sekolah Kebangsaan di sekitar Felda Mempaga. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer. 

Aktiviti
Pelajar diberi penerangan dan latihan amali penggunaan perisian Microsoft Word. Selain itu, pelajar turut melayari laman web e-pembelajaran seperti mindjolt.com (typing speed test)

Gambar di sini


   
Tujuan

Kursus ini dihadiri oleh 5 orang peserta yang merupakan usahawan PI Felda Mempaga 3. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat dan penggunaan medium pemasaran produk melalui platform Shopee. 

Aktiviti
Para peserta kursus mempelajari cara pengurusan pemasaran dan penghantaran tempahan produk di platform Shopee.

Gambar di sini


   
Tujuan

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. 

Aktiviti
Peserta diberi pendedahan mengenai keselamatan penggunaan internet melalui modul-modul serta tayangan video Klik Dengan Bijak. 

Gambar di sini


Tujuan

Kelas Asas Komputer untuk pelajar sekolah diadakan setiap Sabtu ini dihadiri oleh 12 orang peserta dikalangan pelajar dari Sekolah Kebangsaan di sekitar Felda Mempaga. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer. Peserta juga diberi tunjuk ajar tentang perisian e-pembelajaran di atas talian.

Aktiviti
Pelajar diberi penerangan dan latihan amali tentang penggunaan perisian Microsoft Power Point. Selain itu, pelajar turut melayari laman web e-pembelajaran seperti mindjolt.com (typing speed test).


Gambar di sini