Tarikh |
: 1, 7, 8 & 15 Julai 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi |
: PI Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 25 Orang |
Tujuan |
|
Kelas ICT untuk pelajar sekolah diadakan setiap Sabtu dan Ahad ini dihadiri oleh 25 orang peserta dikalangan pelajar dari Sekolah Kebangsaan di sekitar Felda Mempaga. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer. Peserta juga diberi tunjuk ajar tentang perisian e-pembelajaran di atas talian. |
|
Aktiviti |
|
Pelajar diberi penerangan dan latihan amali tentang penggunaan perisian Microsoft Word. Selain itu, pelajar turut melayari laman web e-pembelajaran seperti mindjolt.com (typing) dan uptoten.com (colouring dan puzzle). |
|
Tarikh |
: 2, 9 & 10 Jun 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi |
: PI Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 21 Orang |
Tujuan |
|
Kelas ini diadakan setiap Sabtu dan Ahad yang dihadiri oleh 21 orang peserta dikalangan pelajar dari Sekolah Kebangsaan di sekitar Felda Mempaga. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer. Peserta juga diberi penerangan berkaitan website pembelajaran dan aplikasi atas talian yang dapat membantu dalam meningkatkan daya kreativiti pelajar. |
|
Aktiviti |
|
Para pelajar diberi penerangan dan tunjuk ajar berkaitan website pembelajaran atas talian iaitu mindjolt.com (Typing Speed Test) untuk meningkatkan kemahiran menaip. Pelajar turut diberi penerangan dan latihan amali tentang penggunaan perisian aplikasi seperti Microsoft Excel, Microsoft Word dan Microsoft Publisher. |
|
Tarikh |
: 14 April 2018 |
Masa | : 08.00 pagi - 06.00 petang |
Lokasi |
: PI Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 9 Orang |
Tujuan |
|
Bengkel ini dihadiri oleh 9 orang Usahawan yang menjalankan perniagaan di sekitar Felda Mempaga. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu usahawan dalam mempromosikan produk perniagaan di secara atas talian (online) dengan mudah, berkesan dan menjimatkan masa. Bengkel ini dapat membantu usahawan dalam menjana pendapatan melalui pemasaran dan promosi atas talian. Peserta turut didedahkan tentang strategi perniagaan online yang berkesan. |
|
Aktiviti |
|
Para sesi bengkel pertama usahawan diberi penerangan dan tunjuk ajar berkaitan Facebook dan FB Ads. Para usahawan turut diberi penerangan tentang trend perniagaan semasa. Untuk sesi bengkel kedua usahawan mempelajari penggunaan Instagram sebagai medium iklan perniagaan yang meluas. Peserta juga didedahkan tentang teknik pengeditan foto untuk pengiklanan. |
|
Tarikh |
: 30 April 2018 |
Masa | : 08.00 pagi - 02.00 petang |
Lokasi |
: Dataran Simpang Pelangai |
Peserta | : 68 Orang |
Tujuan |
|
Mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan di Pusat Internet dan memberi pendedahan tentang Klik Dengan Bijak dan E-Waste. |
|
Aktiviti |
|
Para pengunjung diberi penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak dan langkah-langkah keselamatan ketika mengunakan internet. Selain itu, pengunjung juga diberi pendedahan tentang Program E-Waste. Terdapat juga aktiviti lain yang dijalankan semasa program antaranya Kuiz Klik Dengan Bijak, Teka Logo dan Cari Kata. |
|
Tarikh |
: 5 Mac 2018 |
Masa | : 09.00 pagi - 02.00 petang |
Lokasi |
: PI Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 100 Orang |
Tujuan |
|
Mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan di Pusat Internet dan memberi pendedahan tentang Klik Dengan Bijak dan perisian Dashboard. |
|
Aktiviti |
|
Para peserta diberi penerangan dan tunjuk ajar berkaitan Klik Dengan Bijak dan penggunaan aplikasi Dashboard. Antara aktiviti lain yang dijalankan semasa program adalah Bengkel Video Usahawan, Pemeriksaan Kesihatan dan Sukaneka. Terdapat beberapa agensi yang terlibat dengan program ini antaranya Klinik Kesihatan Mempaga dan Kolej Yayasan Felda. Program ini dirasmikan oleh Tuan Pengurus Felda Mempaga 3 iaitu Encik Rosli Bin Md Diah. |
|